suria

Pasukan Tindakan Khas Berunding Selasa Ini

KUALA LUMPUR: Pasukan tindakan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat insiden kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah akan mengadakan mesyuarat pertama pada Selasa, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar).

Ahmad Zahid berkata, pasukan tindakan khas tersebut akan memberi perhatian terhadap cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sebelum ini bagi menyiasat insiden kebakaran yang membabitkan sekolah agama.

Sebagai contoh, sebuah RCI dibentuk untuk menyiasat kes kebakaran yang meragut nyawa 27 pelahar di SM Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau Pondok Pak Ya di Yan, Kedah pada 1989.

"Pasukan tindakan khas akan melihat cadangan daripada RCI untuk mengetahui sejauh mana perihal keselamatan di sekolah agama telah dipatuhi dan dilaksanakan.

"Saya difahamkan cadangan RCI itu tidak digunakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) tentang keselamatan dan keamanan di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis pada Jumaat.

Katanya, cadangan terdahulu RCI sepatutnya dijadikan sebagai garis panduan untuk pasukan tindakan khas tersebut.

kebakaran pusat tahfiz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain