suria

Tragedi Tahfiz: Nadma Hulur Bantuan Kepada Keluarga Mangsa

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan memberikan bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang menunggu di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata Nadma akan bekerjasama dengan HKL untuk memberi bantuan seperti makanan dan keperluan lain yang diperlukan anggota keluarga mangsa sepanjang berada di HKL.

"Kita dan APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) akan bantu anggota keluarga mangsa yang menunggu di sini (HKL) sehingga selesai.

"Yang paling utama, saya mengharapkan agar urusan mayat dan pengebumian jenazah dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Terdahulu, beliau melawat tujuh mangsa yang sedang dirawat di Wad Kecemasan dan Pemerhatian HKL.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang merupakan warden terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz itu, yang terletak di Jalan Keramat Ujung di sini, pada 5.15 pagi Khamis.

Tragedi Tahfiz

Artikel Sebelum

Daesh: Tiga Lelaki Ditahan

Artikel Lain