suria

Detik 1957 Dominasi Sambutan Hari Kebangsaan 2017

Sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka. Foto twitter @bernamadotcom

KUALA LUMPUR: Umpama menyelak helaian buku sejarah bermula daripada kemerdekaan 31 Ogos 1957, sejarah laluan 60 tahun negara yang menakjubkan disajikan secara amat istimewa dan penuh nostalgia pada sambutan Hari Kebangsan 2017 di Dataran Merdeka pada Khamis.

Disaksikan ribuan hadirin di dataran bersejarah dan rakyat Malaysia melalui siaran secara langsung oleh stesen utama televisyen tempatan, persembahan tahun ini mengembalikan detik bagaimana tanah air dibina hasil kepayahan yang diatasi secara kebersamaan dan perkongsian kuasa oleh anak Malaysia.

Gambaran kegemilangan Malaysia setiap era di bawah teraju enam Perdana Menteri dikisahkan secara imbasan babak demi babak daripada sebuah negara yang baru merdeka kini di ambang negara maju.

Bertepatan dengan tema sambutan ?Negaraku Sehati Sejiwa', semangat kesepaduan, kesefahaman dan kekitaan bukan sahaja terserlah pada wajah barisan kepimpinan negara tetapi juga terpancar pada peserta dan orang ramai yang membanjiri lokasi seawal 6 pagi.

Acara sambutan bermula dalam cuaca cerah pada 8 pagi dihadiri Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta barisan pemimpin negara daripada pelbagai latar belakang serta ribuan orang ramai. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

4 September Cuti Umum

Artikel Lain