suria

Wanita Asing Terjun Balkoni

PETALING JAYA: Seorang warga asing menggunakan selimut sebagai tali untuk mengelak daripada dicekup dengan memanjat turun balkoni pangsapuri di tingkat satu.

Malangnya, dia terjatuh dan mengerang kesakitan dalam kejadian yang berlaku di Pangsapuri Lagoon Perdana di sini.

Wanita berusia 30 tahun yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan bekerja sebagai orang gaji itu, memanjat balkoni selepas dicadangkan oleh suaminya yang merupakan pemegang eKad.

Mereka dilaporkan sudah berada di Malaysia selama satu tahun. Mereka mempunyai dua anak kecil di Bangladesh dan berkongsi pangsapuri dengan empat pekerja Bangladesh yang lain.

Wanita itu dipercayai mengalami kecederaan di tulang pelvis dan telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Ketika operasi pemeriksaan dijalankan pada malam Rabu, pegawai imigresen berjaya menahan 160 pendatang haram. Ramai di antara mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata pada sidang akhbar, lebih daripada 10,000 pendatang haram telah ditangkap di dalam operasi di seluruh negeri sejak awal Julai selepas tarikh pendaftaran eKad berakhir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain