Demonstrasi Aman Di Kedutaan Besar Malaysia - Semasa | mStar

Demonstrasi Aman Di Kedutaan Besar Malaysia

JAKARTA: Kira-kira 50 anggota pertubuhan bukan kerajaan dikenali sebagai Laskar Merah Putih pada Isnin mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Kompleks Kedutaan Besar Malaysia di sini bagi meluahkan kekecewaan berhubung bendera Indonesia dicetak terbalik dalam buku cenderamata Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Mereka berkumpul kira-kira dua jam bermula 2 petang di hadapan kompleks kedutaan itu di Kuningan dan memasang kain rentang yang mendesak Malaysia sekali lagi memohon maaf kepada rakyat Indonesia berhubung insiden itu.

Mereka juga membawa poster dan pemidang yang tertera dakwaan kononnya Malaysia banyak melakukan kesalahan dan mendesak kerajaan Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Ketua Umum Laskar Merah Putih Adek Ervil Manurung dalam ucapannya menyifatkan cetakan bendera terbalik itu sebagai sesuatu yang melampau dan memalukan Indonesia.

"Kami menilai Malaysia sudah keterlaluan, ini tidak bisa dibiarkan. Ini mempermalukan bangsa kita dan kerajaan Malaysia harus memohon maaf kepada rakyat Indonesia," katanya.

Selain itu, pertubuhan berkenaan juga membangkitkan isu kononnya kerajaan Malaysia melanggar undang-undang berhubung pembelian sebidang tanah adat di Kemang di sini.

Adek dan dua lagi wakil pertubuhan itu kemudian dibenarkan memasuki kompleks kedutaan untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Timbalan Duta Malaysia di Indonesia Zamshari Shaharan.

Zamshari ketika ditemui berkata beliau menerima memorandum itu dan turut memaklumkan kepada mereka bahawa kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar telah menyatakan permohonan maaf secara rasmi kepada kerajaan dan rakyat Indonesia.

Mengenai dakwaan tanah itu, beliau berkata pihak kedutaan menghormati undang-undang Indonesia dan kes itu telah dibawa ke mahkamah.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah menemui Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi di Kuala Lumpur bagi menyatakan kekesalan dan memohon maaf atas kesilapan tersalah cetak bendera negara ini.

Presiden Joko Widodo dalam kenyataanya semalam meminta rakyat Indonesia supaya tidak memperbesarkan isu berkenaan, walaupun beliau kesal dengan kejadian berkenaan. -Bernama

Artikel Sebelum

Apa Nasib 10 Kelasi Kapal Amerika?

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain