Sekolah Kecoh Gara-Gara Sambal Belacan - Semasa | mStar

Sekolah Kecoh Gara-Gara Sambal Belacan

Hidangan berasaskan ikan bersama sambal belacan yang disediakan oleh salah satu kumpulan pelajar di Sekolah Menengah Teknik Terengganu. Foto Facebook Sarassuwati Ali

PETALING JAYA: Gara-gara sambal belacan, sebuah sekolah di Terengganu kecoh dengan gelagat para pelajar yang pertama kali ‘masuk’ dapur.

Mata masuk habuk boleh ditahan lagi, kalau termasuk cili boleh jadi tak senang duduk kerana pedihnya tidak terkata.

Begitulah antara insiden yang dialami para pelajar di Sekolah Menengah Teknik Terengganu di Kuala Terengganu, petang Selasa.

Guru penasihat kelab dan setiausaha kokurikulum sekolah, Sarassuwati Ali berkata, ia sebenarnya merupakan pertandingan membuat sambal belacan enak antara 15 kelab dan persatuan di mana setiap kumpulan diwakili enam ahli lelaki dan perempuan.

Pelajar lelaki juga tidak terkecuali menumbuk cili.

Beliau berkata, para pelajar diajar untuk menangani cabaran kerana meskipun membuat sambal belacan tu kelihatan mudah, tapi boleh memudaratkan sekiranya tidak berhati-hati.

“Kalau tak cermat tumbuk cili, boleh terpercik pada mata. Ada yang sampai kena cepat-cepat pergi cuci (mata) kat sinki. Jadi, pelajar perlu fokus semasa menumbuk cili.

“Nilai yang diserapkan dalam pertandingan ini adalah semangat kerjasama, persaingan sihat, berusaha untuk menjadi terbaik. Mereka berlumba-lumba nak jadi pemenang,” katanya kepada mStar Online

Pertandingan itu menyaksikan para pelajar membuat sambal belacan bersama satu juadah sampingan berasaskan ikan dengan tempoh penyediaan selama 45 minit.

Kriteria dan penilaian diambil kira dari segi keenakan rasa, persembahan hidangan, kebersihan semasa proses penyediaan termasuk kerjasama kumpulan.

Antara persembahan hidangan yang disediakan kumpulan pelajar.

Sarassuwati berkata, walaupun kebiasaannya sambal belacan adalah pedas, tetapi ia perlu seimbang dengan masam, masin dan masinnya secukup rasa.

“Dari segi fikizal, memanglah jadi. Kalau tengok, boleh tahulah tu sambal belacan. Tapi dari segi rasa, ada yang okay, ada yang setakat rasa pedas saja.

“Bolehlah nak dimakan, cuma antara sedap dan kurang sedap jelah. Apapun kami sentiasa bersikap positif terhadap pelajar,” katanya sambil menambah pertandingan diadili beberapa guru termasuk pengetua sekolah.

Sebahagian guru dan pelajar pada pertandingan membuat sambal belacan.

Bagaimanapun kata Sarassuwati, pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah hanya akan dibuat semasa perhimpunan rasmi sekolah pada Ahad ini.

Menariknya, terdapat peserta yang selama ini tidak pernah memasak tetapi turut mengambil peranan dalam kerja sepasukan.

“Mereka jadi tukang potong cili, tukang cuci. Tapi impaknya adalah semua pelajar seronok kerana hasil hasil kerja mereka dapat dirasa oleh guru-guru.

“Ia merupakan aktiviti berkumpulan yang menekankan aspek kerjasama. Lagipun, remaja sekarang ramai yang tak makan sambal belacan, apatah lagi membuatnya,” katanya sambil menambah mengenai Sekolah Menengah Teknik Terengganu mempunyai kira-kira 68 guru dan 635 pelajar. 

Artikel Sebelum

Isa Samad Direman 5 Hari

Artikel Berikut

'Teksi, Pareey?'

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia