suria

Pejabat Pendaftaran Mahkamah Kedah Dipecah Masuk

ALOR SETAR: Pejabat pendaftaran sebuah mahkamah rendah di sini dipecah masuk, awal pagi Ahad.

Pegawai Penyiasat Kanan Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner T.Segaran berkata pasukan forensik berada di lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.

Kakitangan mahkamah turut dilarang daripada memasuki pejabat tersebut sehingga siasatan selesai dilakukan.

Seorang kakitangan pejabat itu yang enggan namanya didedahkan berkata tiada wang tunai disimpan di dalam premis tersebut.

Difahamkan insiden itu hanya disedari apabila kakitangan pejabat tersebut kembali memulakan tugas pada Ahad.

pecah masuk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain