Baling Dilanda Banjir Kilat Lagi - Semasa | mStar

Baling Dilanda Banjir Kilat Lagi

BALING: Lebih 1,000 penduduk dari 51 buah rumah membabitkan lima buah kampung menjadi mangsa banjir kilat yang melanda daerah ini buat kali kedua dalam tempoh tiga hari.

Kampung yang terjejas ialah Kampung Sri Keteng, Kampung Batu 60, Kampung Bukit Sebelah, Kampung Baru dan Kampung Lalang.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata, hujan lebat sejak petang Sabtu menyebabkan beberapa aliran sungai di kawasan petempatan penduduk dinaiki air.

"Bagaimanapun, sehingga 6.30 pagi tadi keadaan kembali pulih dengan paras air semakin menurun. Mangsa yang sebelum ini dipindahkan sementara waktu ke tempat tinggi, sudah pulang dan mula membersihkan rumah secara bergotong-royong.

"Tiada pusat pemindahan rasmi dibuka manakala penduduk sudah diberikan bantuan awal oleh pelbagai pihak termasuk pasukan bridged bencana Pejabat Anggota Parlimen Baling, bomba, polis, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), " katanya.

Sehingga Jumaat lepas, jumlah keseluruhan rumah yang terjejas akibat banjir kilat di beberapa mukim di daerah ini ialah 535 buah dengan 2,420 penduduk menjadi mangsa.

Bagaimanapun tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan paras air semakin menurun pada Sabtu. - BERNAMA

Baling , banjir

Artikel Sebelum

Peguam Boon Poh Cabar Perintah Reman

Artikel Berikut

SPRM Siasat Surat Boon Poh

Artikel Berkaitan

Manis Sangat Batu Nisan Ni!

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain