suria

LHDN Nafi E-Mel Semak Kelayakan Terima Bayaran Balik Cukai

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)  pada Jumaat menafikan pihaknya menghantar e-mel notifikasi bayaran balik kepada pembayar cukai seperti yang tersebar di media sosial.

LHDNM dalam kenyataannya berkata bayaran balik lebihan cukai pendapatan yang berjaya diproses berdasarkan maklumat yang betul akan dikreditkan terus oleh pihaknya ke akaun bank pembayar cukai menerusi  ‘Electronic Fund Transfer' (pindahan dana secara  elektronik) atau Baucar Bayaran Balik Cukai dan Cek Berpalang.

Menurut kenyataan itu bayaran balik cukai pendapatan bagi mereka yang mempunyai akaun di luar negara pula akan dikreditkan menerusi pindahan telegrafik.

Beliau berkata e-mel palsu yang dihantar itu mengkehendaki pembayar cukai untuk klik di pautan yang dilampirkan bagi menyemak kelayakan menerima bayaran balik cukai.

“LHDNM menasihatkan semua pembayar cukai agar berhati-hati dan tidak memberikan maklum balas terhadap sebarang arahan dalam e-mel tersebut,” katanya.

Katanya pembayar cukai boleh menghubungi Hasil Care Line LHDN di talian 1800-88-5436 atau mana-mana cawangan LHDN berhampiran untuk pengesahan terlebih dahulu bagi sebarang notifikasi yang diterima.

Nombor talian cawangan LHDN boleh didapati di Portal Rasmi LHDN iaitu www.hasil.gov.my.

-Bernama
LHDN, cukai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain