Kalau Salah Bagitau, Makcik Belanja Makan! - Semasa | mStar

Kalau Salah Bagitau, Makcik Belanja Makan!

PETALING JAYA: Jangan tak percaya pengiraannya sepantas kalkulator, mungkin juga lebih cepat berbanding alat pengiraan tersebut.

Jadi tidak hairanlah ramai pelanggan memanggilnya 'makcik kira laju', semuanya gara-gara kebolehan luar biasanya itu.

Lebih menarik perhatian, ketika sedang membuat pengiraan beliau akan menyebut satu persatu makanan yang telah dimakan dengan jelas, semuanya ini dibuat untuk mengelak daripada dirinya tersalah kira, seterusnya untuk memuaskan hati pelanggan.

Bibi Ana Abdul Wahid, ketika dihubungi mStar Online berkata beliau cekap mengira bil pelanggan yang makan di kedainya disebabkan pengalaman berniaga selama 32 tahun.

"Bisnes lama dah, makcik masak, makcik jual dan makcik kira...semua menu dan harga makcik tahu belaka.

"Bila nak mengira makcik rasa lagi senang guna 'kepala', pen dan kertas pun lambat," katanya.

Wanita berusia 52 tahun ini mendedahkan bahawa ramai yang tidak tahu bahawa beliau mempunyai cara dan formula sendiri untuk memastikan pengiraan dapat dibuat dengan mudah, cepat dan tepat.

Katanya, sejak dulu lagi semua menu di kedai makannya, Kedai Makan Bibi, yang terletak di Kuala Terengganu harganya digenapkan kepada sifir lima bagi memudahkan kiraan.

"Contohnya harga minuman dan makanan di sini semuanya makcik letak RM2, RM2.50, RM3, RM3.50 dan seterusnya, tak ada RM2.60, RM2.70 atau RM2.80.

"Walaupun kedai ini dibuka untuk makan pagi, tapi menunya ada banyak pilihan jadi pengiraan mesti cepat," katanya.

Bibi Ana berkata antara menu yang ditawarkan adalah nasi dagang, nasi lemak, nasi minyak, pulut kuning, lontong dan banyak lagi.

Selain itu terdapat juga lauk-pauk yang boleh dipilih pelanggan termasuklah daging kambing dan ayam kampung.

Bercerita lebih lanjut, Bibi Ana berkata beliau sudah terbiasa dengan pelanggan yang tidak percaya dengan pengiraan yang sudah dibuat dan akan meminta supaya beliau mengiranya semula.

"Biasanya orang luarlah, orang sini dah tahu dah. Kalau berlaku macam tu makcik akan tunjuk harga di menu dan ulang kira seperti yang diminta.

"Alhamdulillah setakat ini tak ada salah lagi, kalau salah beritahu makcik, makcik belanja makan," katanya berseloroh.

Menurut Bibi Ana, selain menetapkan harga sifir lima, beliau juga akan 'membuang' menggunakan titik perpuluhan semasa mengira bagi memudahkan pendaraban.

Disebabkan beliau mengira dengan suara yang kuat, ramai yang menyangka harga makanan di kedainya mahal.

"Pernah pelanggan ingat harga makanan dan minuman yang dipesan adalah RM360, padahal harga sebenarnya RM36 sahaja.

"Mungkin sebab dia ingat lauk kambing yang dimakannya tu mahal dan dia pun betul-betul keluarkan duit RM300 dan teraba-raba cari lagi RM60," imbasnya.

makcik kalkulator , Restoran Bibi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis Ditahan Hanya Berseluar Dalam

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain