suria

FGV: Khairil Anuar Dilantik Pegawai Bertanggungjawab Tugas CEO

Khairil Anuar Aziz.

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) melantik Datuk Khairil Anuar Aziz yang merupakan ketua pegawai operasi (logistik dan sektor lain) sebagai pegawai yang bertanggungjawab bagi mengambil alih tugas presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan, Datuk Zakaria Arshad.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu turut mengumumkan bahawa jawatankuasa eksekutif lembaga dibubarkan serta-merta berkuat kuasa Khamis, 20 Julai.

Ia berkata, Khairul Anuar menyertai kumpulan FGV sejak 2012.

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak, dan merupakan generasi kedua peneroka Felda.

Artikel Berikut

Tiada PRK Dun Lenggeng - SPR

Artikel Lain