Tempoh Mohon E-Kad Mencukupi, Tiada Alasan - Semasa | mStar

Tempoh Mohon E-Kad Mencukupi, Tiada Alasan

Alwi Ibrahim.

JOHOR BAHRU: Tempoh yang diberikan kepada majikan untuk memohon kad sementara atau ‘enforcement card' (E-Kad) yang membolehkan penggajian semula pekerja asing tanpa izin (PATI) adalah memadai.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri  Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata tempoh selama empat bulan itu memadai dan majikan yang menggunakan alasan tempoh pendaftaran E-Kad tidak mencukupi atau tidak mengetahui mengenai perkara itu, tidak boleh diterima sama sekali.

"Bila kita telah umumkan masanya adalah sehingga akhir bulan Jun, selepas itu (terpulang) pada dia (majikan) untuk ambil tanggungjawab. Sama ada dia cuai ataupun lewat (tiada alasan sebab), kita sudah banyak kali buat peringatan.

"Kita tidak hendak perkara jadi biasa kepada majikan untuk ambil pekerja yang tidak mempunyai dokumen yang sepatutnya seperti permit kerja," kata beliau kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed di Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat di sini pada Ahad.

Menurut Alwi, majikan yang masih menggaji pekerja PATI diminta menyerahkan mereka ke Jabatan Imigresen untuk proses penghantaran pulang sebelum tindakan undang-undang diambil.

"Kita sudah sebut banyak kali tiada tempoh lanjutan, maknanya mereka kena serah pekerja yang tanpa izin kepada Jabatan Imigresen untuk dihantar balik," kata beliau.

Bagaimanapun majikan masih boleh memohon pekerja asing secara sah menerusi atas talian. - BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN: Op Mega E Kad: 3,506 Pati, 75 Majikan Ditahan

Op Mega E-Kad: 3,506 Pati, 75 Majikan Ditahan


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/07/16/imigresen-pati/#fzbc6O4GKwKjVUxT.99

Op Mega E-Kad: 3,506 Pati, 75 Majikan Ditahan


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/07/16/imigresen-pati/#fzbc6O4GKwKjVUxT.99

Imigresen , E-Kad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiada Rancangan Sekat Telegram - Zahid

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain