Viral: Bihun Sup ‘Cekik Darah’ - Semasa | mStar

Viral: Bihun Sup ‘Cekik Darah’

Gambar warung 'Bihun Sup Berapi' yang didakwa mengenakan caj yang mahal bagi semangkuk bihun sup. - Facebook/Aswan Wanchik

PETALING JAYA: Selepas reda sedikit kes nasi campur yang tular kerana mengenakan harga RM32 sepinggan pada Mei lalu, kini giliran sebuah gerai bihun sup pula didakwa mengenakan bayaran yang mahal kepada pelanggan.

Aswan Chik menerusi posting di Facebook pada Isnin lalu mendakwa kedai tersebut gagal memberitahu harga sebenar hidangan sebelum tempahan dibuat.

"Memang nak mengena orang. Masa 'order' tanya harga semangkuk, depa cakap lepas makan baru kira.

"Ingatkan macam biasa semangkuk RM5, rupanya depa takut nak bagi tau harga. Bila nak bayar baru bagi tahu RM13.50 semangkuk.

"Kalau tahu, tak lapar makan bihun sup macam tu. Dah tak sedap, kuah rasa (bahan perisa) punya banyak," luahnya.

Lelaki itu mendakwa, harga keseluruhan makanan dan minuman iaitu bihun sup dua mangkuk dan Teh O ais dua gelas adalah RM31.

Posting yang dimuat naik oleh Aswan Wanchik menerusi akaun Facebooknya.

Aswan Wanchik yang kecewa dengan situasi itu dipercayai mengingatkan orang ramai nama kedai tersebut agar tidak mengalami perkara yang sama.

"Ingat nama kedai ni, Bihun Sup Berapi (terletak) depan Longwan Kepala Batas, Pulau Pinang.

"Memang berapi, berapi kerana harganya mencekik darah," tulisnya pada posting tersebut.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Zahari Awang berkata, tindakan yang dilakukan oleh Aswan Wanchik itu adalah betul bagi menegakkan haknya sebagai pengguna.

"Betullah tindakan dia tulis di Facebook kerana boleh sedarkan orang ramai, nak dapat balik duit itu sudah tidak boleh.

"Lelaki itu berhak menguar-uarkan kepada pelanggan lain apabila haknya sebagai pengguna dicabuli," jelasnya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Tambah Zahari, pengguna disyorkan untuk membuat aduan rasmi sama ada secara atas talian, kiriman emel, surat, kaunter aduan atau menggunakan aplikasi Ezy-Adu bagi membolehkan KPDNKK mengambil tindakan lanjut.

Sebelum ini, memetik laporan Sinar Harian, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada sebuah warung.

Pengarah PPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samat berkata, notis itu dikeluarkan pada 24 Mei selepas melakukan pemeriksaan terhadap warung yang tular di media sosial kerana mengenakan caj harga tidak munasabah untuk sepinggan nasi campur.

Artikel Sebelum

Baru Darjah 3, Masak Macam 'Otai'

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

SPRM Tahan Pegawai JAS Johor

Pelakon Jadi Buruh Jalan di Australia

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain