Terima Kasih ‘Pakcik Shell’ - Semasa | mStar

Terima Kasih ‘Pakcik Shell’

PETALING JAYA: Siapa sangka selama ini dua beranak ini hanya senyum dari jauh, tetapi di Aidilfitri yang mulia ini, seorang pekerja warga emas di sebuah stesen minyak disapa dengan salam.

Sebaik disapa, pakcik yang hanya dikenali sebagai Pakcik Hassan ini menunjukkan sikap ramah dan tutur kata yang sopan, sekali gus membuatkan Ahmad Firdauz Abdullah Tahrin, 34, dan anak lelakinya, Ammar Matiin, tiga tahun, melihat pertemuan singkat itu begitu akrab bagaikan sebuah keluarga tiga generasi.

“Pakcik Shell, saya tak kan lupa apa yang pakcik dah buat pada saya dan anak saya. Pakcik dah sentuh hati kami, kami datang nak isi minyak. Kami sapa pakcik dan saya minta Matiin salam pakcik.

“Tapi pakcik kata tak nak, pakcik cakap... “Eh, bukan pakciklah, (tapi) atuk," katanya sambil menghulur tangan dan senyum kepada kami berdua,” kata Ahmad Firdauz yang merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas di Pontian, Johor di laman sosial pada Khamis lalu.

Ahmad Firdauz ketika dihubungi mStar Online memberitahu pertemuan singkatnya dua beranak bersama pekerja di Stesen Minyak Shell Taman Perling, Johor Bahru itu selepas dia sekeluarga kembali dari bercuti hari raya baru-baru ini.

Namun apa yang mengejutkannya apabila lelaki dalam lingkungan 60an itu memberikan duit raya kepada anaknya.

"Saya tak pasti siapa Pakcik Hassan sebenarnya, tetapi kemurahan hatinya cukup menyenangkan. Dia mengajar anak saya apa itu hormat.

“Walaupun sekadar petugas di stesen minyak, tetapi kesudian dia memberi menyentuh hati saya. Keperibadiannya wajar dicontohi semua terutama anak-anak saya,” katanya yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 13 tahun.  

Malah bapa kepada dua anak ini turut berkongsi luahannya yang menyentuh emosi di Facebook: “Saya dah rasa nak menangis waktu itu juga. Pakcik menyentuh hati dan jiwa kami.

“Pakcik mengajar kami erti hormat-menghormati, erti memberi dari hati. Terima kasih Pakcik Shell (Taman Perling), pertemuan ringkas tapi penuh bererti,” katanya.

Pakcik Shell

Artikel Sebelum

SPRM Buka Kertas Siasatan Baharu Felda

Artikel Berikut

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain