KP Kesihatan Kongsi Kepentingan Doa - Semasa | mStar

KP Kesihatan Kongsi Kepentingan Doa

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memperkatakan tentang peri pentingnya untuk melakukan yang terbaik dalam memberi rawatan kepada pesakit dengan diiringi kekuatan doa yang penuh barakah.

Beliau berkata menjadi rutin buat dirinya untuk memulakan pembedahan dengan membaca 'Bismillahir-Rahmanir-Rahim', kalimah bahasa Arab yang membawa maksud 'DenganNama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani'.

Menulis di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata, pengajaran penting di sini adalah memulakan pembedahan itu dengan bacaan doa dan perjelaskan kepada pesakit serta anggota keluarga tentang ciri-ciri pembedahan tersebut.

"Kita harus meyakinkan mereka bahawa kita akan melakukan yang terbaik dan meminta mereka agar turut sama berdoa, tanpa mengira apa bangsa atau agama mereka."

Beliau mengimbas kembali kes amat mencabar yang dikendalinya apabila beliau terpaksa mematahkan tulang sternum pesakit bagi membuang kanser tiroid folikular berulang yang mengakibatkan pesakit tersebut kehilangan darah lebih 15 liter.

Dr Noor Hisham berkata pakar bius bertugas ketika itu telah berputus asa dan beliau juga hampir menyerah kalah.

"Namun dengan izin Allah SWT, pesakit itu dibenarkan pulang ke rumah selepas seminggu kemudian," katanya.

"Selama bertahun-tahun bertugas sebagai pakar bedah, saya belajar satu perkara penting kita boleh cuba untuk lakukan yang terbaik untuk menjalankan pembedahan tersebut, lebih-lebih lagi jika ia sangat sukar," katanya.

Catatan Facebook beliau itu dibuat berikutan terdapat kritikan terhadap juruterbang pesawat AirAsia X penerbangan D7237 yang dilaporkan meminta penumpang supaya berdoa ketika pesawat tersebut mengalami gegaran semasa dalam penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur pada Ahad lepas.

Walaupun keadaan itu dikaitkan dengan isu teknikal enjin, pesawat tersebut berjaya patah balik dan mendarat dengan selamat di Perth.

Banyak pihak yang memuji tindakan juruterbang dan kru pesawat itu kerana begitu profesional dalam menangani situasi tersebut serta memastikan keselamatan semua yang berada di dalam pesawat berkenaan. -Bernama

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah , doa

Artikel Sebelum

Sah Kanak-Kanak Maut Didera

Artikel Berikut

Pil 'Facebook' Disiasat

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain