suria

Jari Tersepit Dalam Eskalator

Dua jari tangan kanan mangsa tersepit dalam eskalator di sebuah pusat membeli belah di Johor Bahru, Selasa. Foto Twitter @bombaJBPM

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir sejam setelah dua jari tangan kanannya tersepit dalam eskalator di sebuah pusat membeli belah di sini, Selasa.

Kejadian berlaku kira-kira 2 petang ketika mangsa, Noor Muhammad Asrian Afeendy Assiwen, 2, sedang bermain dengan kakaknya di sebuah kawasan di tingkat tiga plaza berkenaan sebelum terjatuh ke atas eskalator menyebabkan jarinya tersepit. 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Mohd Suhaimi Abdul Jamal, pihak pengurusan pusat itu segera menghentikan eskalator.

Pihak bomba menghantar dua jentera bersama 11 anggota sejurus menerima panggilan kecemasan dan setibanya di sana, didapati jari mangsa tersangkut pada plat eskalator.

"Jari terlibat adalah jari kelengking dan jari hantu dan untuk menyelamatkannya, bomba terpaksa memotong sebahagian plat itu.

"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan rapi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain