Malaysia Sambut Raya Ahad Ini - Semasa | mStar

Malaysia Sambut Raya Ahad Ini

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad.

Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Zainal Syed Ahmad menerusi siaran televisyen pada malam Sabtu.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 25 Jun," katanya. - Bernama

Aidilfitri

Artikel Sebelum

Aliran Trafik Lancar Pagi Ini

Artikel Berikut

Aliran Trafik Kembali Lancar

Artikel Berkaitan