suria

Maaflah Sumbang Sikit - Tun M

PETALING JAYA:  Aksi spontan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyanyikan lagu Aidilfitri mencuit hati netizen.

"Mereka minta saya nyanyi lagu raya... maaflah sumbang sikit," demikian tulis Dr Mahathir di laman Facebooknya.

Video berdurasi 32 saat itu menyaksikan Mahathir ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sambil menyanyikan serangkap lirik lagu nyanyian biduanita negara, Saloma, Selamat Hari Raya.

"Selamat hari raya... itulah Saloma. Wording dia lupa. Sekian," kata Dr Mahathir dalam video tersebut.

Semasa menyanyikan lagu itu, pasangan tersebut memakai baju sedondon berwarna merah.

Gelagat bersahaja Dr Mahathir itu turut menyebabkan Dr Siti Hasmah tertawa di akhir rakaman tersebut.

Video sempena ucapan Aidilfitri itu ditonton sebanyak 515,000 kali dan dikongsi 8,449 kali di Facebook.

Video tersebut turut mendapat pujian di kalangan netizen.

Izazuddin Othman Rangkuty berkata: "Biar sumbang menyanyi tapi tidak sumbang mentadbir negara.

Israk Mikraj berkata:" Steady laaa Tun... Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin untuk ayahanda bonda Tun... Semoga keduanya sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi Allah SWT... Amin.

Sementara itu, Sazwin Saherma berkata: Comel... love both of u Tun... moga diberkati Allah hendaknya... TQ kerana menjadikan malaysia terkenal dimata dunia.. Salam Aidilfitri dari saya kepada Tun sekeluarga.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain