Anak TPM Nikah Di Makkah - Semasa | mStar

Anak TPM Nikah Di Makkah

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid

PETALING JAYA: Anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis ringkas di Makkah pada Selasa.

Nurulhidayah, 39, telah berkongsi tentang khabar gembira itu di laman Instagramnya, kira-kira pukul 5.30 petang Selasa.

Menurut laporan Malaysiandigest, Nurulhidayah sah bergelar isteri kepada pasangannya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff, 47, dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Masjid al-Haram pukul 10 pagi waktu tempatan, dengan sekali lafaz.

Saiful Nizam ialah seorang ahli perniagaan dan Pengarah Urusan Menara Rezeki Sdn Bhd.

-foto Eksklusif Malaysiandigest

"Saya bertemu dengannya melalui beberapa mesyuarat berkaitan perniagaan. Sepanjang tempoh itu, beliau banyak bertanyakan nasihat mengenai bisnes.

"Saya menyedari bahawa saya mahu menjaga wanita ini dan anak-anaknya, jadi saya bertanya kepadanya mengenai perkara tersebut,” memetik laporan Malaysiandigest.


Nurulhidayah , nikah , anak TPM

Artikel Sebelum

Harga Petrol Tetap Umum Setiap Minggu

Artikel Berikut

Artikel Lain