KPN Khalid Dijadual Bersara September - Semasa | mStar

KPN Khalid Dijadual Bersara September

Tan Sri Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau dijadual bersara wajib pada September ini.

"Ya saya bersara wajib bulan September ini, saya cukup 60 tahun," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Bukit Aman, di sini Jumaat.

Pada majlis itu DCP Datuk Mahamad Akhir Darus yang memulakan kerjayanya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1976 bersara wajib pada 18 Jun ini diganti oleh Ketua Polis Daerah Brickfields SAC Sharul Othman Mansor.

Khalid mula menyertai pasukan polis sebagai inspektor di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur pada 5 Dis 1976 dan mula memegang jawatan Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013.

Ketika diminta mengulas dakwaan Sarawak Report yang mengaitkan hubungan beliau dan beberapa pegawai tertinggi PDRM dengan Gopinathan Krishnan atau Gopi, suspek kes melindungi pusat judi haram di Melaka, Khalid sekali lagi menegaskan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi ruang menyiasat perkara itu dan polis tidak akan campur tangan.

"Sarawak Report ini sengaja hendak memburuk-burukkan saya dan organisasi saya. Kita dah tahu kes itu sedang disiasat SPRM, biarlah SPRM siasat, kalau ada perkara-perkara atau kesalahan yang dilakukan oleh sesiapa, sama ada Gopi ataupun pegawai saya, tindakan akan diambil.

"Tak payah la Sarawak Report nak tambah semangkuk (campur tangan) pula, biarlah SPRM menjalankan siasatan dan tunggu laporan mereka," katanya.  -Bernama

KPN , Tan Sri Khalid Abu Bakar

Artikel Sebelum

"Mommy. What About Daddy"?

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Kini Kes Bunuh - KPN

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain