Polis Nafi Kes Culik Kanak-Kanak Lelaki - Semasa | mStar

Polis Nafi Kes Culik Kanak-Kanak Lelaki

SHAH ALAM: Polis menafikan wujud kes culik membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Batu Tiga di sini, yang menjadi tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sejak Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut.

"Kita sahkan sehingga kini belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis daripada mana-mana mangsa berhubung kejadian itu," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Beliau, bagaimanapun berkata polis akan mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya ke atas maklumat yang telah disebarkan tersebut.

Shafien turut menasihati orang ramai sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-5520 2022.

"Kita juga berharap orang ramai menghentikan penyebaran berita tular itu, sebaliknya memeriksa kesahihan sesuatu maklumat dengan pihak polis terlebih dahulu," katanya.

Pada Rabu, tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp bahawa seorang budak lelaki diculik dengan cara ditarik masuk ke dalam sebuah van putih di hadapan rumahnya. - BERNAMA

kes culik , Batu Tiga

Artikel Sebelum

Mengamuk Gara-Gara Tak Dapat BR1M

Artikel Berikut

Daftar Anak Dalam Tempoh 60 Hari

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain