FGV: Kerajaan Lantik Idris Teliti Penggantungan CEO, CFO - Semasa | mStar

FGV: Kerajaan Lantik Idris Teliti Penggantungan CEO, CFO

Idris Jala

KUALA LUMPUR: Kerajaan melantik Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan Felda Global Ventures (FGV) dan dua yang lain oleh Lembaga Pengarah.

Idris,  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Associates Sdn Bhd telah diminta untuk meneliti fakta kes itu dan mencadangkan jalan penyelesaian berhubung keputusan tersebut.

Pada Selasa, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Ahmad Tifli Mohd Talha untuk bercuti.

Turut diminta berbuat perkara yang sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Kamarzaman Abd Karim.

Pejabat Perdana Menteri hari ini dalam satu kenyataan berkata pihak-pihak relevan telah bersetuju dengan pelantikan  Idris.

Mereka yang dirujuk ialah Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Pengerusi FGV Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Zakaria dan Ahmad Tifli. Felda merupakan pemegang saham tunggal terbesar FGV dengan 34 peratus pegangan. -Bernama

FGV , Datuk Seri Idris Jala

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.