Wanita Pukul Budak Perempuan Ditahan Polis - Semasa | mStar

Wanita Pukul Budak Perempuan Ditahan Polis

PETALING JAYA: Sebuah video yang menunjukkan seorang kanak-kanak disebat tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi dua minit dan 49 saat itu, seorang wanita dilihat menjerit ke arah seorang budak perempuan yang sedang makan di meja.

Wanita itu kemudian tanpa belas kasihan menyebat budak terbabit dan menuduhnya menumpahkan makanan dari pinggan ketika makan.

Rakaman tersebut bagaimanapun tidak jelas tetapi wanita itu dilihat menggunakan sesuatu seperti rotan untuk memukul budak yang kelihatan berusia lima atau enam tahun itu.

Wanita berkenaan menjerit "mati, mati, mati" dalam bahasa Tamil sambil terus memukul kanak-kanak itu yang menjerit kesakitan.

Mangsa dipercayai menerima lebih 30 sebatan dan wanita itu menanggalkan baju budak sebelum pergi ke bilik lain.

Kanak-kanak itu dilihat sukar untuk bernafas selepas dia tidak lagi dipukul.

Wanita yang memukulnya kemudian datang kembali dan menampar muka dan belakang badan budak perempuan itu.

Tidak dipastikan siapa yang merakamkan aksi kejam tersebut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari mengesahkan insiden itu.

"Mangsa telah diselamatkan dan suspek ditahan," kata Mohammad Azlin dalam satu kiriman teks kepada The Star.

Beliau menambah, perintah reman terhadap suspek akan dikeluarkan pada Selasa.

Artikel Sebelum

'Gadis Ceti' Tuntut Hutang Muncul Lagi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain