KPDNKK Pastikan Bekalan Minyak Masak Cukup - Semasa | mStar

KPDNKK Pastikan Bekalan Minyak Masak Cukup

KPDNKK akan memastikan bekalan minyak masak dan harganya stabil menjelang perayaan Aidilfitri. - Gambar hiasan

SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memastikan bekalan minyak masak dan harganya stabil menjelang perayaan Aidilfitri.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata operasi dan pemeriksaan akan dijalankan di seluruh negara bagi memastikan tiada pihak menyeleweng bekalan minyak masak termasuk yang bersubsidi.

Katanya negara merupakan pengeluar minyak sawit utama dunia dan tidak sepatutnya menghadapi masalah kekurangan bekalan minyak masak.

"Semua pihak bertanggungjawab diminta bersama-sama KPDNKK memastikan bekalan minyak masak mencukupi dan dijual dengan harga munasabah.

"Bekalan minyak masak bersubsidi akan berhadapan masalah kekurangan bekalan disebabkan oleh pihak yang tidak jujur melakukan penyelewengan termasuk mengeksport ke luar negara," katanya pada sidang media di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohd Roslan berkata bekalan minyak masak di Sabah masih belum pulih sepenuhnya.

Katanya pihaknya masih menerima aduan berlaku masalah kekurangan bekalan minyak masak di beberapa daerah antaranya di Kota Kinabalu, Tawau dan Lahad Datu.

Menurutnya, aduan lain diterima adalah minyak masak bersubsidi 1 kilogram yang sepatutnya dijual pada harga RM2.50 tetapi dijual RM2.90 ke atas.

"Pihak kami memandang serius perkara ini dengan mengambil tindakan tegas menanganinya termasuk menerusi pemeriksaan di kilang membungkus minyak masak bersubsidi," katanya.

Beliau berkata bekalan minyak masak di negeri lain sudah pulih. - Bernama

minyak masak , KPDNKK

Artikel Sebelum

Kerusi DUN Nenggiri Kosong

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Melepas Kasut Raya...

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan