suria

Udang Palsu Masuk KL?

PETALING JAYA: Sekali pandang memang nampak macam udang tapi sebenarnya bukan!

Perkara ini didedahkan oleh seorang lelaki dalam sebuah video yang kini tular di media sosial.

Lelaki berkenaan juga mendakwa udang jenis mata kecil itu adalah produk buatan China dan mengandungi banyak bahan kimia.

Menerusi video berdurasi satu minit 32 saat itu, lelaki berkenaan telah menunjukkan demonstrasi bagi membezakan udang yang didakwa palsu berbanding udang asli.

"Udang asli bila kita rebus, ia terus merah, tapi 'udang jeli' tak merah," katanya dalam video tersebut yang ditujukan untuk masyarakat Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur.

Selepas udang tersebut direbus dan diangkat dari dalam kuali, dia menunjukkan tekstur udang yang didakwa palsu itu.

"Yang tiruan seperti jeli," katanya sambil menggerak-gerakkan udang yang dipegang.

"Kalau udang betul, tak macam ni, ia keras. Rasanya juga tak macam udang, nampak saja macam udang," dakwanya.

Laporan tentang makanan palsu bukanlah satu perkara baharu di negara ini.

Sebelum 'udang jeli' ini muncul, terdapat beberapa laporan mengenai telur, beras dan tembikai, juga didakwa palsu dan dibawa masuk dari China.

udang palsu, bahan kimia, China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain