Shafie Nafi Terima Dana 1MDB - Semasa | mStar

Shafie Nafi Terima Dana 1MDB

KOTA KINABALU: Bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau tidak pernah menerima apa-apa dana berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketua Parti Warisan Sabah itu berkata, beliau dan bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendapat manfaat daripada sumbangan yang diterima oleh Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang didakwa oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.

Pada Ahad lalu, Nazri yang merupakan Anggota Majlis Tertinggi Umno mendakwa bahawa beliau adalah antara penerima dana dari derma RM2.6 bilion, dan memberitahu Muhyiddin dan Shafie turut menerima bahagian lebih besar daripada dana.

Bagaimana pun Shafie  berkata kenyataan Nazri adalah tidak masuk akal dan palsu.

"Setakat yang saya tahu, Najib tidak pernah memberi saya apa-apa wang daripada 1MDB," kata Shafie, yang juga Ahli Parlimen Semporna.

Katanya, beliau hanya berbincang dengan Perdana Menteri mengenai pembiayaan itu hanyalah mengenai bantuan untuk orang pergi menunaikan umrah.

Shafie Apdal , 1mdb

Artikel Sebelum

Jutawan Duit Palsu

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Sumpah Tak Ambil - Muhyiddin

Artikel Lain