suria

Bayi Alami Pendarahan, Ibu Dituduh Menipu

PETALING JAYA: Terdesak untuk mendapatkan bantuan dengan meraih simpati ramai, seorang ibu dipercayai sanggup meletakkan bahan pewarna pada bayinya untuk kelihatan seperti mengalami pendarahan teruk.

Itu dakwaan yang dilemparkan terhadap seorang pemilik laman sosial Facebook, Nurin Diana selepas memuat naik sebuah status bersama gambar dan video anaknya yang mengalami pendarahan.

Perkara itu menjadi tular di laman sosial selepas gambar dan videonya itu dimuatnaik ke laman sosialnya dan mendapat lebih 17,000 perkongsian setakat ini.

Ia mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang kebanyakannya bersimpati dengan nasib bayi itu.

Tidak kurang juga mendakwa wanita berkenaan sengaja meletakkan bahan pewarna pada wajah anaknya bertujuan untuk meraih simpati dan mendapatkan bantuan secara mudah.

Terkini, wanita berkenaan dilihat telah memuat naik laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kota Tinggi, Johor lantaran tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Wartawan mStar Online cuba mendapatkan kenyataan dari Ketua Polis Daerah Kota Tinggi berhubung perkara ini, Rabu.

Nurin Diana, pendarahan, bayi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain