Netizen Terkejut Mat Over Jadi Tetamu Khas - Semasa | mStar

Netizen Terkejut Mat Over Jadi Tetamu Khas

Sepanduk program "Santai Bersama Mat Over" mencetuskan kemarahan netizen.

PETALING JAYA: Ruang laman sosial menjadi hangat sekali lagi disebabkan oleh Mat Over.

Netizen tidak berpuas hati apabila sepanduk yang mempromosikan pelawak itu sebagai tetamu undangan dalam satu acara Hari Belia di Hulu Terengganu tersebar.

"Hanya di Malaysia anda akan diberi penghormatan yang tinggi apabila anda menampar seseorang di depan Perdana Menteri," tulis Asrul Muzaffar melalui akaun Twitter miliknya.

Seorang pengguna Twitter, Mohsen Alkaff pula menulis: "Saya bukan sesiapa tetapi saya rela menggantikan Mat Over untuk Hari Belia di Terengganu.

"Bukan bermaksud saya ini bagus, tetapi saya lebih baik daripada dia."

"Hari Belia bersama Mat Over. Adakah dia masih dianggap belia? Dia sudah berusia 60 tahun!" kata Aiediel Jamal di Facebook.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Terengganu,  Datuk Rozi Mamat mengesahkan bahawa Mat Over dijemput pada Sabtu sebagai pengacara program "Santai Bersama Mat Over" dan program itu sudah dirancang sebelum insiden pelawak itu menampar penerbit, David Teoh pada Rabu lalu.

"Mat Over ialah orang tempatan dan dia sering dijemput menghadiri pelbagai acara," kata Rozi ketika ditemubual pada Sabtu.

"Hal ini berlaku kerana insiden itu dan orang ramai mula menjadikan ia sebagai satu isu yang besar."

Mat Over atau nama asalnya Sulaiman Yassin merupakan seorang pelawak dan dilaporkan telah menampar David Teo di hadapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi dialog Transformasi Nasional (TN50) di Seri Perdana, Putrajaya awal minggu ini.

Mat Over

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain