10 Barangan Dalam Harga Kawalan Ramadan - Semasa | mStar

10 Barangan Dalam Harga Kawalan Ramadan

Hamzah menunjukkan senarai harga dan label barangan terkawal pada sidang media Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017. - Bernama

SEPANG: Sebanyak 10 barangan disenaraikan dalam Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 selama 10 hari bermula 22 Mei hingga 31 Mei ini di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, barang-barang berkenaan adalah kacang tanah; kacang hijau; telur ayam gred A, B dan C; kelapa biji; kelapa parut; gula pasir putih halus dan kasar serta tepung gandum.

"Skim ini pertama kali dilaksanakan berikutan cadangan orang ramai berhubung kenaikan harga barangan tertentu menjelang bulan Ramadan," katanya.

Katanya, skim ini akan berkuatkuasa lima hari sebelum Ramadan dan lima hari semasa Ramadan. Ramadan dijangka bermula 27 Mei ini.

"Skim ini bertujuan menyekat kenaikan harga yang tidak berpatutan dan mencegah amalan mencatut dalam kalangan peniaga menjelang Ramadan dan semasa Ramadan," katanya dalam sidang media pengumuman Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 di sini pada Jumaat.

Hamzah berkata skim itu merupakan antara langkah kerajaan mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.

"Peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum dan meletakkan tanda harga khas merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain," katanya.

Beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan mengikut skim ini di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Hamzah berkata mereka yang menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum ditentukan boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

Bagi syarikat yang melakukan kesalahan itu boleh didenda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000, katanya. - Bernama

harga barang kawalan , Ramadan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain