Jangan Sertai Perhimpunan Ahad Ini - Polis - Semasa | mStar

Jangan Sertai Perhimpunan Ahad Ini - Polis

KEPALA BATAS: Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan haram yang akan diadakan di sebuah kuil Hindu di Butterworth, Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Azmi Adam berkata perhimpunan tanpa permit itu melanggar undang-undang dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan kerana ia bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Penganjur iaitu seorang anggota jawatankuasa kuil itu telah menghantar notis pada 12 Mei lepas memaklumkan mahu mengadakan perhimpunan atau protes besar-besaran di situ (kuil) bagi menentang seorang mufti dan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik.

"Polis menolak permohonan itu kerana ia melanggar Akta Perhimpunan Aman iaitu mengadakan perhimpunan di tempat ibadat dan terdapat bantahan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bimbang, jika ia diteruskan akan menimbulkan kekacauan dan ketegangan kaum," katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.

Pada Isnin, tiga NGO Pulau Pinang meminta polis mengambil tindakan terhadap Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang didakwa cuba menghasut masyarakat India di negeri ini, supaya menyertai protes besar-besaran di sebuah kuil Hindu di Butterworth Ahad ini.

Azmi berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan orang ramai yang hadir pada perhimpunan itu namun tidak melarang jika mereka mahu bersembahyang di kuil berkenaan.

"Tiga kain rentang digantung di daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan sejak Jumaat lepas bagi memaklumkan perhimpunan itu, juga telah diturunkan,” katanya.

Beliau berkata setakat ini polis menerima dua laporan polis daripada NGO yang membantah penganjuran perhimpunan itu.-Bernama

Perhimpunan Kuil , Hindu

Artikel Sebelum

Jom Pekena Bubur Lambuk Kampung Baru

Artikel Berikut

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain

Hasrat tunai umrah lebur ditipu 'ustaz'