Pemandu GrabCar, RM4 Pun Duit Tau! - Semasa | mStar

Pemandu GrabCar, RM4 Pun Duit Tau!

PETALING JAYA: Satu pertelingkahan berlaku antara penumpang dan pemandu GrabCar gara-gara tambang RM4.

Dalam satu posting yang tular di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap seorang pemandu aplikasi e-hailing itu yang didakwa melepaskan kemarahannya kepada penumpang disebabkan tambang RM4 yang ditetapkan syarikat.

Selain menceritakan tentang apa yang berlaku, wanita berkenaan turut memuat naik beberapa keping gambar dan sebuah video yang menunjukkan pemandu berkenaan cuba menendang dirinya.

Difahamkan, kejadian berlaku pada Selasa, di Dato' Keramat, Pulau Pinang.

Dalam posting yang dimuat naik, dia menceritakan bagaimana pemandu berkenaan mula 'mengamuk' kerana salah faham tentang lokasi menunggu.

"Pertama sekali, order GrabCar, tunggu lebih kurang empat minit . Masuk masuk ja dalam kereta, pemandu dah mengamuk tanya kenapa aku tak tunggu dekat 'traffic light'.

"Aku cakap, semua penduduk flat ni bila naik GrabCar akan tunggu depan pagar, bukan dekat luar lampu isyarat," tulisnya.

Tidak terhenti di situ, wanita berkenaan kemudian mendakwa pemandu tersebut memandu dengan cara berbahaya.

"Tengah memandu pun dia boleh hon kereta tu kereta ni. Bawa memang macam orang dah tak betul," tulisnya lagi.

Kemuncak pertelingkahan berlaku apabila pemandu berkenaan tidak menghantar penumpangnya di lokasi yang ditetapkan.

"Dekat nak sampai, pelik kenapa dia turunkan aku dekat tepi. Aku tanya, saya bagi 'location' tu, you kena ikut 'location' tu. Dia boleh jawab 'bayar fare RM4 lagi mau hantar sampai sana'.

"Eh RM4 pun duit tau. I bayar bukan tak bayar. Lagipun memang sebelum booking harga aplikasi dah keluar memang RM4. So apa masalahnya," tulisnya.

Menurut wanita berkenaan, pemandu tersebut marah apabila dia mengugut untuk membuat laporan dan tidak membenarkan dia keluar dari kenderaan.

Bagaimapun, dia 'dilepaskan' setelah cuba merakamkan insiden yang sedang berlaku.

"Sampai la aku dah rakam baru dia buka dan keluar turun dari kereta terus tendang kena paha sebab dia geram aku rakam video. Tepi jalan dia boleh buat macam tu," katanya.

Selain gambar pemandu dan keretanya, dia turut memuat naik gambar laporan polis dan paparan skrin aduan kepada perkhidmatan pelanggan GrabCar.

Difahamkan, pihak GrabCar telah melihat video kejadian serta meminta maaf atas insiden itu dan akan memastikan pemandu berkenaan menerima hukuman.

GrabCar , gaduh , RM4

Artikel Sebelum

JJPTR 'Tutup Kedai'

Artikel Berikut

Jerkahan 'Hantu Raya' Dalam Pesawat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?