Warga Emas Maut Dirompak - Semasa | mStar

Warga Emas Maut Dirompak

AMPANG: Seorang warga emas ditemui mati di rumahnya di Taman Dato Ahmad Razali di sini.

Dia dipercayai telah dirompak dan dibunuh.

Saleha Sheikh Mohamed, 65, ditemui mati di tingkat dua flat kediamannya di Taman Dato Razali di sini kira-kira pukul 6 petang Isnin.

Menurut menantunya yang hanya mahu dikenali sebagai Norizan, mayat mangsa ditemui oleh seorang penyewa lain yang tinggal di bilik berasingan di rumah itu.

Norizan berkata, penyewa tersebut, seorang pelajar berusia 20-an, mendapati mangsa terbaring di hadapan bilik mandi ketika dia pulang ke rumah.

Katanya, ibu mertuanya itu hanya tinggal berdua dengan penyewa berkenaan, manakala bapa mertuanya tinggal di Port Dickson.

Difahamkan, rantai dan subang emas milik mangsa hilang.

Mangsa ditemui dengan kecederaan di telinga, dipercayai akibat subang yang dipakai direntap dari telinganya.

Difahamkan almari di dalam biliknya juga digeledah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias ​​berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 7.18 malam oleh kakitangan ambulans dari Hospital Ampang.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.

rompak , bunuh , Ampang

Artikel Sebelum

Tak Nak! Cikgu Tak Nak Hadiah

Artikel Berikut

Hadiah Bihun Kering, Nasib Baik Dia OK!

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain