suria

Seorang Maut, Tiga Cedera Kemalangan Di Plus

TAPAH: Seorang maut, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 318, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, sebelum hentian Rehat dan Rawat Tapah di sini, awal hari Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, seorang lelaki berumur 23 tahun yang menaiki kereta Proton Saga BLM disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tapah Zulkafli Hamad berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.46 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, seorang mangsa didapati tersepit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang datang dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk pengesahan identiti.

"Siasatan awal mendapati, kedua-dua kenderaan dipercayai bergesel sebelum Proton Saga BLM itu terbalik manakala MPV jenis Naza Ria terbabas ke tepi jalan," katanya ketika dihubungi.

Zulkafli berkata pemandu dan penumpang Naza Ria turut mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut. -Bernama

kemalangan, Plus

Artikel Sebelum

Artikel Lain