51 Ahli Geng 24 Akan Didakwa - Semasa | mStar

51 Ahli Geng 24 Akan Didakwa

KEK yang dipotong oleh ahli Geng 24 di tengah-tengah jalan raya sehingga mencetuskan huru-hara.

SUNGAI BULOH: Seramai 51 orang remaja akan didakwa di mahkamah berhubung kegiatan kumpulan kongsi gelap Geng 24 yang berlaku di sekitar Klang baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata,  semua remaja tersebut perlu hadir ke Mahkamah Majistret Klang pada Isnin ini.

“Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana mengadakan perhimpunan haram.

“Semua suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan,” katanya selepas menghadiri satu majlis penyerahan untuk Ketua Polis Daerah Sungai Buloh di ibu pejabat daerah di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, polis telah menahan seorang remaja 17 tahun yang dipercayai dalang Geng 24 berhubung kejadian memotong kek yang tertulis ‘SMK Sri Andalas 24 Apache’ sehingga menyebabkan huru-hara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, remaja itu ditahan pada hujung minggu lalu dalam satu operasi yang dijalankan di Klang.

Gang 24 , potong kek

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain