Iskandar Selamat, Nik Abduh Bangkit - Semasa | mStar

Iskandar Selamat, Nik Abduh Bangkit

Dikemaskini

ALOR SETAR: Datuk Iskandar Samad berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden PAS apabila mengisi satu daripada tiga slot jawatan ketiga tertinggi dalam Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi sesi 2017-2019.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan tersingkir daripada persaingan itu selepas mendapat undi terendah sebanyak 478 dalam pemilihan tersebut.

Selain Iskandar yang memperoleh 703 undi, Idris Ahmad juga mengekalkan kerusi tersebut selepas meraih undi paling tinggi dengan undian 1,062 disusuli Datuk Mohd Amar Abdullah dengan jumlah 950 undi.

Kemenangan Iskandar sekali gus mengakhiri spekulasi bahawa beliau akan disingkirkan daripada jawatan tersebut susulan hubungan baiknya dengan PKR yang bakal di'cerai'kan oleh PAS ekoran kajian semula tahaluf siyasi politik kedua-dua parti itu.

Keputusan mengejutkan itu bagaimanapun membangkitkan persoalan sama ada harapan untuk PAS dan PKR berbaik semula menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 masih wujud susulan kejayaan Iskandar yang masih kekal sebagai Naib Presiden PAS.

Ini kerana kedudukan ADUN Cempaka itu yang meraih 703 undi, sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, negeri yang diperintah oleh PKR.

Malah beliau juga dianggap bertuah kerana berada dalam pucuk pimpinan PAS walaupun dilihat cuba menongkah arus, berbanding ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang dipinggirkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-63.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, memperoleh undian paling tinggi bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) dengan meraih 1,005 undian.

Kemenangan Nik Abduh juga memberi gambaran bahawa legasi pimpinan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat masih kekal dalam parti Islam itu.

Malah kemenangan itu juga menaikkan semula reputasi Nik Abduh susulan kekalahan teruk sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa pada Mac lalu.

Berikut adalah keputusan penuh Pemilihan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat 2017-2019:

PENGERUSI TETAP
: Hussin Ismail (Menang tanpa bertanding)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
: Kamal Shaari (Menang tanpa bertanding)

PRESIDEN
: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Menang tanpa bertanding)

TIMBALAN PRESIDEN
: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Menang tanpa bertanding)

NAIB PRESIDEN:

1) Idris Ahmad (1,062 undi)

2) Datuk Mohd Amar Abdullah (950 undi)

3) Datuk Ir Iskandar Abdul Samad (703 undi)

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1) Najib Bin Mat (Menang tanpa bertanding)

2) Mat Syukor Abd. Aziz (Menang tanpa bertanding)


AHLI JAWATANKUASA KERJA:

1) Dr Riduan Mohd Noor (970 undi)

2) Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (932 undi)

3) Datuk Mohd Nassuruddin Daud (970 undi)

4) Mohd Zuhdi Marzuki (878 undi)

5) Sallehen Mukhyi (848 undi)

6) Razman Zakaria (730 undi)

7) Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (1,005 undi)

8) Dr. Rosni Adam (752 undi)

9) Datuk Dr. Mohd Fadzli Hassan (1,001 undi)

10) Dr. Najihatussolehah Ahmad (887 undi)

11) Mokhtar Senik (724 undi)

12) Abdullah Hussin (666 undi)

13) Ir Muhtar Suhaili (618 undi)

14) Dr Halimah Ali (872 undi)

15) Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi (797 undi)

16) Kamaruzzaman Mohamad (715 undi)

17) Misbahul Munir Masduki (639 undi)

18) Dr Azman Ibrahim (730 undi)

Iskandar , PAS , Naib Presiden

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain