suria

Ahli Rakan Cop Cedera Dilibas Parang

Gambar hiasan.

IPOH: Seorang lelaki bersenjatakan parang mengamuk hingga mencederakan seorang ahli Rakan Cop di Taman Sri Intan, Menglembu di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Abdul Rani Alias ​​berkata, Yeong Wai Ken, 38, dilibas di bahagian di lengan kanannya ketika dia dan empat yang lain cuba menenangkan lelaki berusia 28 tahun itu dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 malam, Sabtu.

Abdul Rani berkata Yeong mengalami luka sepanjang 8cm panjang pada lengannya dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

"Ahli-ahli Rakan Cop telah menerima panggilan mengenai seorang lelaki mengamuk dan mereka menuju ke kawasan itu.

"Lelaki itu bertindak memecahkan cermin kereta sementara beberapa individu lain cuba menenangkannya.

"Namun lelaki itu bertindak agresif hingga mencederakan Yeong," katanya.

Abdul Rani berkata lelaki yang mempunyai 12 rekod jenayah lampau itu akhirnya diberkas sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Rakan Cop

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain