100,000 Pemandu Teksi, Uber dan Grab Dilindungi Insurans - Semasa | mStar

100,000 Pemandu Teksi, Uber dan Grab Dilindungi Insurans

MARAN: Seramai 100,000 pemandu teksi termasuk Uber dan Grab yang bekerja sendiri akan dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan selepas Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 diluluskan oleh Dewan Negara pada Khamis.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata skim itu akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini dan semua pemandu yang berdaftar dengan Suruhahjaya Pengangkutan Darat (SPAD) layak untuk menyertainya.

Katanya, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM60 juta sebagai permulaan untuk melaksanakan skim insurans persendirian itu.

"Skim ini yang mula diperkenalkan kepada pemandu yang bekerja sendiri itu akan turut diperluaskan kepada sektor lain seperti petani, pesawah, peniaga, peladang, penjual buah dan sebagainya secara berperingkat.

"Sasaran kita adalah supaya semua rakyat di negara ini dilindungi insurans," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Baki Bantuan Banjir di Sekolah Kebangsaan Chenor di sini, Jumaat.

Ismail berkata bancian mendapati sebanyak 2.48 juta rakyat di negara ini dikenal pasti terdiri daripada mereka yang bekerja sendiri, membolehkan mereka dikategorikan sebagai layak memiliki perlindungan itu.

Mengulas mengenai skim kepada pemandu teksi itu, Ismail berkata mereka hanya perlu membayar kadar caruman sebanyak 1.25% sahaja daripada pendapatan bulanan mereka.

Kadar bayaran caruman setahun yang perlu dibuat kepadaPertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO) adalah antara RM157.20 (RM13.10 sebulan) hingga RM592.00 (RM49.40 sebulan) bergantung kepada pendapatan yang diinsurankan.

"Skim tersebut merupakan satu pembelaan kepada golongan pemandu teksi kerana jika kemalangan semasa bertugas mereka akan mendapat pembelaan termasuk kepada keluarga mereka," katanya.  - BERNAMA

teksi , Uber , Grab , insurans

Artikel Sebelum

Wanita Tertua Di Malaysia Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Tony Pua Dilarang Masuk Sabah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain