suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Timbalan Presiden Yapeim Ditahan SPRM

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Bekas Timbalan Presiden Yapeim kerana dipercayai telah melakukan kesalahan pecah amanah dengan menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri.

Tangkapan itu adalah susulan daripada tangkapan ke atas seorang Pengarah Kanan Yayasan Pembagunan Islam Malaysia (Yapeim) yang direman selama lima hari semalam (Rabu) atas kesalahan yang sama.

Suspek berusia 69 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir untuk memberi kenyataan berhubung siasatan kes tersebut kira-kira pukul 1 petang Khamis.

Hasil siasatan mendapati suspek telah bersubahat dengan Pengarah Kanan Yapeim bagi menyeleweng wang dana Yapeim berjumlah RM223,000 yang kononnya diperuntukkan untuk sebuah program sumbangan kepada golongan miskin di daerah Rompin pada 2015.

Bagaimanapun, menerusi maklumat yang diterima, tiada seorang pun yang menerima wang sumbangan daripada program tersebut. Wang tersebut diperuntukkan untuk sumbangan kepada 23 buah rumah serta bantuan wang tunai kepada 1,000 golongan fakir dan miskin.

Kedua-dua suspek dipercayai telah mengemukakan nama-nama penerima sumbangan dengan menggunakan maklumat kad pengenalan yang tidak wujud serta penama yang telah meninggal dunia sebelum program tersebut dijalankan.

Pengarah Siasatan SPRM, Dato Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes tersebut disiasat mengikut seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, menurut laporan terkini pukul 7 malam, suspek dibebaskan selepas diambil keterangan.

SPRM, YaPEIM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Isu 'Baling Cawan' Selesai

Artikel Lain