suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Am Resort Mengaku Miliki Barang Desh

KOTA TINGGI: Seorang pekerja am resort mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh, bulan lepas. 

Mohd Firdaus Saibi, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan memiliki 29 keping imej dan 240 video dalam telefon bimbitnya berkaitan pengganas Daesh atau mempunyai unsur perbuatan keganasan itu di hadapan sebuah resort peranginan di Kampung Sedili Kecil dekat sini pada 4.20 petang 21 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak ke atas mana-mana bahan terbabit, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada hukuman dijatuhkan terhadap tertuduh hari ini kerana kes akan disebut semula 21 Mei ini. - BERNAMA

Daesh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain