Rafizi Nafi Terima Wang Ahli Perniagaan - Semasa | mStar

Rafizi Nafi Terima Wang Ahli Perniagaan

PUTRAJAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menafikan dakwaan beliau menerima wang daripada ahli perniagaan, John Soh Chee Wen, yang didakwa dalang kepada kejatuhan pasaran saham pada 2013 di Singapura.

Rafizi menandatangani akuan bersumpah berhubung perkara tersebut, yang diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini, Jumaat.

"Saya di sini menafikan menerima walau satu sen pun dalam individu sama ada Jon atau Soh atau John Soh atau Soh Chee Wen," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, akuan bersumpahnya sebagai respons terhadap dakwaan yang dibuat penulis blog, Raja Petra Kamaruddin dan bekas Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin, yang juga dikenali sebagai Chegubard bahawa beliau dan beberapa pemimpin PKR menerima dana daripada Chee Wen dengan jumlah keseluruhan hampir RM26 juta.

Rafizi berkata, beliau membuat pengisytiharan dalam akuan bersumpah itu berhubung semua pendapatan, aset dan liabilitinya sejak 2010.

Menurut Rafizi, beliau menandatangani akuan bersumpah itu sebagai respons kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang mencabarnya untuk berbuat demikian kerana mendakwa bekas timbalan presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menerima wang daripada SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

PAS dalam satu kenyataan pada Khamis menafikan ia mempunyai kaitan dengan dakwaan wang yang diterima Nasharudin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain

Wenger dapat tugas baharu di Fifa