Pengendali Mesin Korek Maut Tertimbus - Semasa | mStar

Pengendali Mesin Korek Maut Tertimbus

BATU PAHAT: Operator jentera pengorek maut apabila tertimbus ketika mengendalikan mesin berkenaan di tapak binaan perumahan di Taman Pancoh Jaya dekat sini.

Mangsa tertimbus ketika menggorek tanah di tapak projek itu.

Pegawai Komander Jabatan Bomba dan Penyelamat Penggaram, Saifulle Idris berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi, Ahad.

"Kami menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.37 pagi dan empat anggota bersama sebuan jentera tiba di lokasi 15 minit kemudian.

"Mangsa, Mohd Zainal Abd Latef meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa yang berusia 31 tahun berjaya dikeluarkan pada kira-kira pukul 1.05 petang selepas mengesan lokasi dia tertimbus.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Batu Pahat.

Batu Pahat , Taman Pancoh Jaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain