Tawaran Lanjut Pelajaran Melalui WhatsApp Palsu - KPT - Semasa | mStar

Tawaran Lanjut Pelajaran Melalui WhatsApp Palsu - KPT

- Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan bahawa tawaran melanjutkan pelajaran oleh Institut Pendidikan Tinggi yang disebarkan melalui media sosial seperti aplikasi WhatsApp adalah palsu.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata tindakan itu telah menyebabkan ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tertipu dan terpengaruh dengan tawaran tersebut seperti yang dilaporkan sebuah akhbar, Selasa.

"Ini merupakan penipuan yang serius oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," kata kementerian itu.

KPT dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan pihak berkuasa berkaitan akan menyiasat dengan lebih terperinci sindiket penyebaran mesej palsu itu supaya orang ramai tidak berterusan merasa gusar dan tertipu, katanya.

Kementerian dalam masa yang sama mengingatkan semua Institut Pendidikan Tinggi Swasta supaya mematuhi garis panduan pengiklanan yang telah ditetapkan oleh KPT selaras dengan peruntukan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

"Tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya didapati ada yang melanggar peraturan tersebut," katanya.

Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa merujuk maklumat tepat berkenaan pengajian tinggi melalui portal rasmi KPT iaitu di www.mohe.gov.my atau melalui agensi-agensi di bawahnya. -Bernama

KPT , SPM , tawaran pengajian

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain