suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

JKR Manjung Nafi Jambatan Sitiawan Retak

ANTARA jambatan yang diperiksa oleh JKR Manjung berhubung tular jambatan retak di daerah itu.

SITIAWAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) Manjung menafikan Jambatan Sitiawan di sini, mengalami keretakan seperti mana yang tular di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Juruteranya, Haslina Mohd Isa berkata gambar jambatan yang ditular itu sebenarnya adalah sebuah jambatan yang sedang dibina di sebuah kampung berhampiran.

Beliau berkata pemeriksaan di ketiga-tiga jambatan di Segari iaitu Jambatan Sitiawan, Jambatan Raja Permaisuri Bainun dan Jambatan Semalon mendapati kesemuanya tidak mengalami sebarang keretakan dan selamat digunakan.

"Ini (penyebaran) adalah tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menimbulkan kerisauan penduduk dan pengguna yang melalui jambatan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin.

Pada Sabtu lepas, gambar yang tular itu dikatakan Jambatan Sitiawan yang retak sehingga menyebabkan ruangan dinding jambatan membahayakan sekali gus menimbulkan kerisauan kepada pengguna jalan raya.

Jambatan Sitiawan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain