Najib Bukan Punca Debat Dengan Tun M Batal - Nazri - Semasa | mStar

Najib Bukan Punca Debat Dengan Tun M Batal - Nazri

Nazri Aziz.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak bukan punca pembatalan permit debat antara Datuk Seri Nazri Aziz dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.  

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata demikian ketika ditanya sama ada Perdana Menteri merupakan punca utama majlis berkenaan dibatalkan.

Nazri yang menafikan perkara tersebut berkata, malah Najib berterima kasih kepada beliau kerana tampil untuk mempertahankannya terhadap serangan yang dilemparkan oleh Dr Mahathir.

"Saya bertemu dengan Perdana Menteri dua minggu lalu semasa beliau datang ke Parlimen. Beliau berterima kasih kepada saya kerana sedia untuk melibatkan diri dalam debat untuk mempertahankan beliau," katanya kepada pemberita di pusat media Parlimen di sini, Isnin.

Beliau menambah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyokong debat tersebut.

"Isu ini (debat) tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet, jadi saya tidak fikir adanya sebarang masalah. Saya fikir pihak yang bermasalah adalah polis," katanya.

Terdahulu, polis memberikan kelulusan terhadap debat antara Nazri dan Dr Mahathir pada 7 April sebelum permit tersebut dibatalkan keesokan harinya.

Lokasi baharu debat itu susulan polis Perak menolak permohonan permit bagi debat yang sama dijadualkan di Kuala Kangsar pada 25 Mac.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain