SPRM Serbu Pejabat Teresa Kok, Rampas Dokumen - Semasa | mStar

SPRM Serbu Pejabat Teresa Kok, Rampas Dokumen

Teresa Kok

PETALING JAYA: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas dokumen dari pejabat Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok bagi menjalankan siasatan berhubung penyalahgunaan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki mengesahkan perkara ini dan menyatakan bahawa Ahli Parlimen Seputeh itu tidak berada di pejabatnya di Kuchai Lama ketika serbuan dibuat pada Jumaat itu.

Serbuan kira-kira pukul 11 ​​pagi itu dilakukan selepas pegawai-pegawai SPRM mendapat waran geledah.

"Kami telah menghubunginya dan beliau telah memberikan kerjasama kepada pegawai kami.

"Beberapa dokumen telah diambil untuk membantu kami dalam menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi.

Azam berkata, SPRM perlu mengkaji dokumen-dokumen berkenaan terlebih dahulu dan kenyataan akan diambil daripada pihak berkaitan dalam masa terdekat.

Beliau berkata siasatan itu susulan laporan yang dibuat kepada SPRM oleh seorang individu berhubung dakwaan penyelewengan dana Yawas.

Awal bulan ini, kata Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos telah membuat satu siri laporan, mendakwa beberapa ahli politik telah menyalahgunakan dana Yawas.

Selain Kok, ahli politik lain yang dinamakan beliau dalam laporan itu adalah Adun Sekinchan Ng Suee Lim dan Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin.

Teresa Kok , Yawas , SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Mara Sedia Beri Kerjasama Dengan SPRM

Adam Rosly Kena Tahan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain