PAS Tetap Bentang RUU355 Pada Sidang Parlimen Kali Ini - Hadi - Semasa | mStar

PAS Tetap Bentang RUU355 Pada Sidang Parlimen Kali Ini - Hadi

Abdul Hadi Awang.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

MARANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap akan membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355 pada persidangan Parlimen kali ini.

Beliau berkata walaupun kerajaan Barisan Nasional memutuskan untuk tidak membentangkan rang undang-undang itu, PAS tetap akan membentangkan sebagai rang undang-undang persendirian dan berharap kerajaan akan menyokong tindakan itu.

"Masa itu, terpulanglah kepada Yang Dipertua untuk menentukan bila waktu yang sesuai mengikut 'Standing Order' perjalanan sidang Parlimen selepas urusan kerajaan.

"Tapi, sudah tentu kerajaan boleh beri masa bila-bila sahaja untuk PAS bawa RUU355...saya seru semua Anggota Parlimen Islam supaya menyokong dan bagi yang bukan Islam pula, hormatilah Perlembagaan.

"Perlembagaan menyatakan ini hak yang berkait dengan orang Islam sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Rusila di sini, Jumaat.

RUU355 dibentangkan buat pertama kalinya oleh Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang di Dewan Rakyat pada Mei 2016 dengan tujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.


RUU355 , Hadi Awang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain