Lima Didakwa Terlibat Pengubahan Wang Haram Lebih RM800,000 - Semasa | mStar

Lima Didakwa Terlibat Pengubahan Wang Haram Lebih RM800,000

SHAH ALAM: Empat lelaki dan seorang wanita dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tuduhan menerima hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM854,075 menerusi akaun bank masing-masing.

Ahmad Shazni Mat Hassan, 34; Shafii Ismail, 44; Nasarudin Ali, 62; Ahmad Suffian Abu Bakar, 31, dan Salisa Essoh, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Zamri Bakar.

Ahmad Shazni didakwa menerima RM334,536; Shafii (RM448,564.05); Nasarudin (RM17,753.44); Ahmad Suffian (RM21,327.70) dan Salisa (RM31,894.54) yang merupakan hasil aktiviti pengubahan wang haram di beberapa cawangan Maybank termasuk di Seksyen 20 di sini dan Kuala Selangor, antara 3 Disember 2014 dan 29 Januari 2015.

Pertuduhan dibuat mengikut Subseksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Hakim Zamri membenarkan kesemua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Beliau turut memerintahkan kes mereka dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama kes lain yang turut dihadapi Ahmad Shazni, Shafii, Nasarudin dan Salisa, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Liyana Shahrir.

Ahmad Shazni diwakili peguam Mohd Faizi Che Abu, Shafii diwakili peguam Ling Yee Siew manakala Nasarudin, Ahmad Suffian dan Salisa diwakili peguam Adeeb Barakbah.

Pada 8 Februari lepas, Ahmad Shazni, Shafii, Nasarudin dan Salisa merupakan antara 24 individu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan pengubahan wang haram dan salah guna wang milik Maybank Islamic Bhd.

Mahkamah membenarkan keempat-empat mereka diikat jamin RM8,000 setiap seorang dan menetapkan 3 Mei depan untuk sebutan semula kes.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain