suria

PAS Mahu Teliti Usul RUU335 Sebelum Dibentangkan

PETALING JAYA: PAS mahu meneliti dahulu usul pindaan Rang Undang-Undang Akta 335 (RUU335( Mahkamah Syariah sebelum Kerajaan Persekutuan membentangkan draf tersebut di Parlimen.

Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak mahu wujud sebarang percanggahan dalam usul tersebut yang akan dikendalikan oleh kerajaan.

"Kita tidak mahu usul tersebut dimuktamadkan. Kita perlu meneliti dahulu draf berkenaan kerana tidak mahu sebarang perubahan dalam usul asal.

"Kita mahu kerjasama yang baik demi manfaat orang Islam serta tidak mengganggu hak orang bukan Islam," kata beliau selepas merasmikan Konvensyen Profesional Malaysia di Putrajaya pada Sabtu.

Beliau menambah, PAS dan Umno sentiasa berhasrat untuk memperkasakan kuasa Mahkamah Syariah bagi mengenakan hukuman yang lebih tegas kepada pesalah.

"Kami juga ingin menekankan bahawa hak orang bukan Islam tidak terjejas memandangkan negara ini memiliki pelbagai budaya," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat bahawa usul itu akan dibentangkan oleh kerajaan di Dewan Rakyat.

Zahid berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga komited untuk membentangkan usul itu tanpa menjejaskan agama lain.

Abdul Hadi Awang, RUU335

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain