Ibu Bapa Muda Perlu Ambil Berat Soal Pemberian Nama Anak - Semasa | mStar

Ibu Bapa Muda Perlu Ambil Berat Soal Pemberian Nama Anak

KANGAR: Bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Seri Abu Hassan Din al-Hafiz mengingatkan ibu bapa muda agar mengambil berat soal memilih nama yang baik kepada anak agar tidak membawa makna yang buruk.

Katanya, perkara tersebut penting kerana ibu bapa akan memanggil anak-anak mereka setiap hari dan setiap panggilan itu adalah satu doa kepada anak.

"Jika nama yang diberi kepada anak membawa makna yang baik maka menjadi sebutan doa yang baiklah oleh ibu bapa buat anak mereka dan begitu jugalah jika sebaliknya," kata beliau.

Abu Hassan berkata demikian semasa menyampaikan kuliah khas bertajuk "Pembentukan Insan Menurut Pandangan Islam" di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini Khamis.

Katanya, ramai ibu bapa muda sekarang terlalu ghairah memberi nama yang unik atau lain dari yang lain serta lebih moden didengar, tanpa merujuk maknanya terutama apabila disebut dalam bahasa Arab.

"Pemberian nama anak adalah langkah pertama dalam proses pembentukan insan menurut pandangan Islam sebelum memasuki fasa berikutnya iaitu memberi didikan agama kepada anak-anak tersebut," katanya.

Tegasnya, ibu bapa tidak boleh menjadikan alasan terlalu sibuk menyebabkan mereka tidak boleh memberi perhatian kepada soal berkaitan proses pembesaran anak mereka.

"Jika mereka sendiri tidak mampu memberi bimbingan agama kepada anak, hantarlah anak tersebut belajar dengan mana-mana guru agama berhampiran, selain menyediakan ruang untuk bermesra dengan anak setiap hari," katanya.

Abu Hassan berkata fasa berikutnya dalam membimbing anak semasa mereka remaja antaranya menjauhkan sama sekali amalan tidak sihat seperti merokok di hadapan anak kerana ia akan menjadi contoh serta menyebabkan mereka juga ingin mencuba. - BERNAMA


nama anak , Abu Hassan Din al-Hafiz

Artikel Sebelum

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain