Tunggu Arahan Polis Urus Mayat Kim Jong-nam - Dr Subra - Semasa | mStar

Tunggu Arahan Polis Urus Mayat Kim Jong-nam - Dr Subra

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan menunggu arahan daripada polis tentang pengurusan mayat rakyat Korea Utara yang disahkan identitinya sebagai Kim Jong-nam melalui sampel DNA seorang daripada anaknya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata arahan atau apa-apa keputusan perlu datang daripada polis kerana ia merupakan kes medikolegal dan kementerian akan mengikut apa jua keputusan yang dibuat pihak polis.

"Sekiranya mereka (waris) telah memberi arahan kepada polis tentang bagaimana untuk menguruskan mayat itu dan polis merasakan arahan yang diberikan itu mencukupi dari sudut pandangan undang-undang serta polis memberikan kita arahan apa yang perlu dilakukan, kita akan ikut.

"Bagaimana mayat itu perlu diuruskan bergantung kepada apakah arahannya dan menjadi hak keluarga untuk menentukan apa yang perlu dilakukan...kami akan mengikuti apa yang keluarga sudah putuskan atau memaklumkan kepada polis," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata polis dapat mengesahkan identiti Jong-nam yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 bulan lepas, dengan menggunakan sampel DNA seorang daripada anaknya.

Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un didakwa dibunuh oleh dua wanita asing yang menyapu mukanya dengan agen saraf VX semasa sedang menunggu untuk menaiki penerbangan ke Macau pada 13 Februari.

Beliau yang membawa pasport menggunakan nama Kim Chol, meninggal dunia semasa perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam berkata setakat ini tiada sebarang jangkitan selesema burung (H5N1) ke atas manusia di Kelantan dan penyakit itu hanya membabitkan populasi haiwan.

Bagaimanapun katanya, kementerian dan jabatan berkaitan bersiap sedia dan menegaskan bahawa tiada keperluan untuk menghalang orang ramai ke negeri itu.

Mengenai pengisytiharan bencana negeri oleh kerajaan negeri Kelantan terhadap wabak itu, Dr Subramaniam berkata ia di bawah kuasa prerogatif kerajaan negeri tersebut.

"Itu keputusan mereka bagaimana untuk bersiap sedia. Mereka mungkin bimbang ia merebak ke banyak kawasan dan mahu lebih banyak sumber melangkaui apa yang mereka ada di jabatan tertentu bagi menangani wabak itu," katanya.-- Bernama

Subramaniam , Jong-nam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Wan Kuzain sertai latihan skuad Sukan SEA